Thursday, February 19, 2009

PEMBELAJARAN MASTERI (PM)

PM bukanlah strategi p&p yang baru, tapi telah diperkenankan oleh B. S. Bloom sejak 60an lagi. Strategi PM ini sangat berkesan kerana konsepnya, setiap pelajar berpeluang menguasai aras masteri jika mempunyai masa yang cukup dan p & p yang berkualiti.

PM juga adalah p&p yang berpusatkan pelajar seperti pembelajaran koperatif, dimana pelajar bekerjasama, dan bantu-membantu dalam mengejar kegemilangan.

PM juga perlu kepada latihtubi, dimana pelajar berlatih dan berlatih bagi menguasai sesuatu konsep atau menyelesaikan masaalah. Sesuatu yang dilakukan oleh pelajar biasanya akan kekal lama dalam ingatan berbanding dengan hanya membaca atau menghafal.

Paling menarik sekali ialah penilaian dalam PM. Penilaian yang berterusan ini boleh dilaksanakan setiap kali menjalankan p&p atau setelah selesai menghabiskan satu unit pembelajaran. Ujian formatif ini adalah untuk mengesan penguasaan pelajar yang seminima 80%. Jika tidak, aktiviti pemulihan perlu dijalankan. Jika pencapaian 80% keatas aktiviti pengayaan boleh dijalankan.

Amalkan PM Insya Allah akan dapat meningkatkan prestasi pelajar. Selamat mencuba...