Saturday, April 18, 2009

KURSUS PEMBUGARAN PATS SAP-HC DI KISAS

10 April kursus di atas telah dijalankan di KISAS. Mudah-mudahan selepas kursus ini prestasi pelajar akan terus dapat dipertingkatkan.

PRESTASI MATEMATIK SPM MENINGKAT

12 Mac keputusan SPM keluar. Syukur Alhamdulillah berkat usaha gigih pelajar & guru-guru KISAS matematik meningkat sedikit dari GP 1.07 kepada 1.04. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan PIBG yang sering memberikan sokongan moral dan material.

Wednesday, April 1, 2009

KURSUS PEMBUGARAN PATS, SAP-HC DAERAH KLANG

Pada 11 & 12 MAC telah diadakan kursus di atas bagi PK dan SU Peperiksaan peringkat Daerah Klang di KISAS.

Ucap utama disampaikan oleh En Mohd Radzi bin Abdullah selaku Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Sektor Akademik.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan Jurulatih utama yang bekerjasama menjayakan kursus.

KURSUS PEMBUGARAN PATS SAP-HC

Pada 26 - 28 FEB 2009 telah diadakan suatu KURSUS diatas anjuran JPS bagi melatih Jurulatih utama PATS SAP-HC.

Dalam ucap utamanya, Dr Zahri bin Aziz selaku Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, mengarahkan agar seluruh sekolah di Negeri Selangor mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi sebanyak 5%. Menurut beliau angka itu achievable & munasabah.

Dr Zahri juga menjelaskan bahawa perlunya pemantapan program yang sedia ada. PATS iaitu Program Akademik Terbilang Selangor telah dilancarkan tahun 2006 dan diperbaiki tahun demi tahun.

Kursus ini sangat berkesan dan jurulatih utama pulang ke daerah masing-masing untuk memberikan kursus ini kepada PK dan SU Peperiksaan.