Khamis 25 Jun 2009 telah diadakan bengkel diatas untuk 38 orang guru sekolah menengah di Daerah Klang. Anjuran Jawatankuasa Akademik Matematik Daerah Klang telah berlansung di PPD.
Jam 2.00 - 4.00 petang tentulah waktu mengantuk, namun guru-guru terpaksa menyengkang mata bagi menguasai kemahiran menanda K2. Kemahiran ini amat penting bagi membantu guru-guru dalam menyediakan item yang bersesuaian dari segi aras kesukarannya juga membantu guru memeriksa kertas dan menyediakan peraturan pemarkahan.
Ramai guru-guru yang mengambil bahan powerpoint agar dapat mengadakan in-house training di sekolah masing-masing. Usaha ini perlu dimantapkan dari masa ke masa agar dapat meningkatkan profesianalisme guru juga untuk meningkatkan prestasi matematiks SPM sekolah masing-masing khasnya.
Friday, July 3, 2009
BENGKEL MEMBINA ITEM SOALAN BERFOKUS MATEMATIK SPM 2009
22- 24 Jun telah diadakan bengkel di atas Di PPD Klang anjuran Unit Sains dan Matematik. Kumpulan Matematik terdiri dari 6 orang bagi menyediakan 3 set soalan K1 dan K2. Soalan akan diedarkan ke sekolah-sekolah dalam Daerah Klang untuk dijadikan latihtubi menjelang peperiksaan percubaan SPM Ogos - September ini. Semoga usaha murni ini akan dapat meningkatkan prestasi Matematik SPM Daerah Klang, khususnya dan Negeri Selangor amnya.
Terima kasih kepada ahli kumpulan yang dedikasi, semoga usaha anda mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.
Terima kasih kepada ahli kumpulan yang dedikasi, semoga usaha anda mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.
Friday, June 19, 2009
BENGKEL KERJASAMA JARINGAN SEK KLUSTER - INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
Syukur Alhamdulillah diamanahkan untuk menjadi wakil Pengetua yang berkursus di King College London dalam bengkel di atas.
Sebelah pagi mendengar konsep SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan) yang disampaikan oleh Pn Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Sekolah dan SKK. Detail penerangannya.
Sebelah tengah hari, pembentangan yang amat memberansangkan dari Pn Aida, guru besar SK Zainab 2 dan Dr Zalina Ismail dari USM Kubang Kerian. Kajian tindakannya adalah berhubung dengan Neuroplastic Curriculum.
Y. Bhg. Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) Jabatan Pengajian Tinggi telah memberikan galakan agar projek Neuroplastic Curriculum itu diteruskan.
Sebelah pagi mendengar konsep SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan) yang disampaikan oleh Pn Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Sekolah dan SKK. Detail penerangannya.
Sebelah tengah hari, pembentangan yang amat memberansangkan dari Pn Aida, guru besar SK Zainab 2 dan Dr Zalina Ismail dari USM Kubang Kerian. Kajian tindakannya adalah berhubung dengan Neuroplastic Curriculum.
Y. Bhg. Prof. Dr. Rujhan Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) Jabatan Pengajian Tinggi telah memberikan galakan agar projek Neuroplastic Curriculum itu diteruskan.
Saturday, April 18, 2009
KURSUS PEMBUGARAN PATS SAP-HC DI KISAS
10 April kursus di atas telah dijalankan di KISAS. Mudah-mudahan selepas kursus ini prestasi pelajar akan terus dapat dipertingkatkan.
PRESTASI MATEMATIK SPM MENINGKAT
12 Mac keputusan SPM keluar. Syukur Alhamdulillah berkat usaha gigih pelajar & guru-guru KISAS matematik meningkat sedikit dari GP 1.07 kepada 1.04. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir dan PIBG yang sering memberikan sokongan moral dan material.
Wednesday, April 1, 2009
KURSUS PEMBUGARAN PATS, SAP-HC DAERAH KLANG
Pada 11 & 12 MAC telah diadakan kursus di atas bagi PK dan SU Peperiksaan peringkat Daerah Klang di KISAS.
Ucap utama disampaikan oleh En Mohd Radzi bin Abdullah selaku Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Sektor Akademik.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan Jurulatih utama yang bekerjasama menjayakan kursus.
KURSUS PEMBUGARAN PATS SAP-HC
Pada 26 - 28 FEB 2009 telah diadakan suatu KURSUS diatas anjuran JPS bagi melatih Jurulatih utama PATS SAP-HC.
Dalam ucap utamanya, Dr Zahri bin Aziz selaku Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, mengarahkan agar seluruh sekolah di Negeri Selangor mengembeling tenaga untuk meningkatkan prestasi sebanyak 5%. Menurut beliau angka itu achievable & munasabah.
Dr Zahri juga menjelaskan bahawa perlunya pemantapan program yang sedia ada. PATS iaitu Program Akademik Terbilang Selangor telah dilancarkan tahun 2006 dan diperbaiki tahun demi tahun.
Kursus ini sangat berkesan dan jurulatih utama pulang ke daerah masing-masing untuk memberikan kursus ini kepada PK dan SU Peperiksaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)