Friday, August 21, 2009

Seven Prerequisite Math Skills

By: Dr Sharma

1.

The ability to follow sequential directions.

2.

A keen sense of directionality, of one's position in space, of spatial orientation and space organization. Examples include the ability to tell left from right, north/south/east/west, up/down, forward/backwards, horizontal/vertical/diagonal, etc.

3.

Pattern recognition and its extension

4.

Visualization: Key for qualitative students. The ability to conger up pictures in one's mind and manipulate them.

5.

Estimation: The ability to form a reasonable educated guess about size, amount, number, and magnitude.

6.

Deductive reasoning: the ability to reason from the general principal to a particular instance, or reasoning from stated premise to a logical conclusion.

7.

Inductive reasoning: a natural understanding that is not the result of conscious attention or reasoning, easily seeing the patterns in different situations, and the interrelationships between procedures and concepts. (Sharma 1989)

For instance, if one lacks the ability to follow sequential directions, how can he be presented with the concept of long division without failing miserably? Long division requires retention of several different processes that are performed in a specific sequence. First one estimates, then multiplies, then compares, then subtracts, then brings down a number, then estimates, compares, multiplies, subtracts, brings down a number, and so on.

For the same situation, what if the student has directional confusion? When setting up math problems, he will be chronically unsure of which number goes inside the division platform, or on top of the fraction. The mechanics of moving through the problem will be painful. Consider the directional steps involved. One reads to the right,

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa diucapkan kepada muslimin & muslimat.

Rebutlah peluang yang begitu luas dibulan Ramadhan yang mulia ini dengan pengampunan dan keredhaan Allah serta pahala yang berganda.

Jangan lupa malam lailatul qadar, malam 1000 bulan ...

Sunday, August 16, 2009

INGINKAN SOALAN MATEMATIK ?

Assalamualaikum,

Jika inginkan soalan matematik sila ke blog Pn Saripah Ahmad.



DAYA INGATAN

Assalamualaikum,

Mengikut Dr Sharma Mahesh, manusia mempunyai dua jenis daya ingatan iatu INGATAN JANGKA PENDEK dan INGATAN JANGKA PANJANG. Untuk sampai ke INGATAN JANGKA PANJANG ulangan perlu dilakukan 18 hingga 25 kali.

Dengan itu jika ingin dapat 1A dalam matematik, buat latihan 20 set ...

Selamat berjaya ...

Friday, July 3, 2009

MAJLIS KOLOKIUM PEMBINA: PPSMI SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP MODAL INSAN

27 Jun 2009 telah diadakan kolokium di atas. Majlis ini dirasmikan dan diikuti dengan ucaputama oleh tokoh tersohor ilmuan, Yang Mulia Profesor DiRaja Ungku A. Aziz, bertajuk "Pendekatan Demi Rungkaian Dilema Dasar Pembangunan Bahasa di Malaysia".

Dalam ucapannya, beliau mencadangkan agar waktu belajar diubah kepada 3-4 jam seminggu. Kaedah pengajaran juga perlu diubah sesuai dengan era globalisasi.

Kami guru-guru PPSMI sedang menunggu pengumuman Menteri Pelajaran Yang Berbahagia Dato' Mohyidin bin Yasin...

BENGKEL PENANDAAN K2 SPM MATEMATIK

Khamis 25 Jun 2009 telah diadakan bengkel diatas untuk 38 orang guru sekolah menengah di Daerah Klang. Anjuran Jawatankuasa Akademik Matematik Daerah Klang telah berlansung di PPD.

Jam 2.00 - 4.00 petang tentulah waktu mengantuk, namun guru-guru terpaksa menyengkang mata bagi menguasai kemahiran menanda K2. Kemahiran ini amat penting bagi membantu guru-guru dalam menyediakan item yang bersesuaian dari segi aras kesukarannya juga membantu guru memeriksa kertas dan menyediakan peraturan pemarkahan.

Ramai guru-guru yang mengambil bahan powerpoint agar dapat mengadakan in-house training di sekolah masing-masing. Usaha ini perlu dimantapkan dari masa ke masa agar dapat meningkatkan profesianalisme guru juga untuk meningkatkan prestasi matematiks SPM sekolah masing-masing khasnya.

BENGKEL MEMBINA ITEM SOALAN BERFOKUS MATEMATIK SPM 2009

22- 24 Jun telah diadakan bengkel di atas Di PPD Klang anjuran Unit Sains dan Matematik. Kumpulan Matematik terdiri dari 6 orang bagi menyediakan 3 set soalan K1 dan K2. Soalan akan diedarkan ke sekolah-sekolah dalam Daerah Klang untuk dijadikan latihtubi menjelang peperiksaan percubaan SPM Ogos - September ini. Semoga usaha murni ini akan dapat meningkatkan prestasi Matematik SPM Daerah Klang, khususnya dan Negeri Selangor amnya.

Terima kasih kepada ahli kumpulan yang dedikasi, semoga usaha anda mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.