Sunday, April 18, 2010


http://Utusan Malaysia Online

Serat batang pisang bawa kejayaan pelajar di Beijing

BUKIT MERTAJAM 12 April - Biasanya batang pisang dibuang begitu sahaja kerana tidak mempunyai sebarang kegunaan lain.

Namun, jika diproses mengikut kaedah tertentu seperti mencampurkannya ke dalam bahan kimia, ia boleh menjadi produk komersial.

Antaranya menjadikan ia sebagai bahan serat yang berupaya menyerap minyak apabila tumpah pada permukaan air termasuk di laut.

Penemuan itu berjaya dihasilkan oleh dua orang pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di sini.

Mereka ialah Mas Adil Mas Rosemal Hakim, 18, dan Nurein Ardini Samsuri, 16 dibantu guru penasihat sekolah berkenaan, Go Soew Ann serta beberapa pensyarah Jabatan Sains Kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Friday, April 16, 2010

Kecerdasan Emosi

Assalamualaikum,

Mengikut Goleman, kecerdasan emosi lebih penting dari kecerdasan intelek, terutama sekali setelah menjawat sesuatu jawatan.

Bagi meningkatkan kualiti profesionalisme, kecerdasan emosi juga amat penting. Untuk melahirkan insan yang berkeperibadian unggul, kecerdasan emosinya perlu dimantapkan.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang sangat penyayang, sentiasa tersenyum, rendah hati dan kasihan belas kepada anak yatim.

Thursday, April 15, 2010

Nilai dan Etika Penjawat Awam

Assalamualaikum,
Bila nak periksa baru baca buku Citra Karya. Bagus untuk rujukan penjawat awam. Ringkasnya, kita sebagai penjawat awam sangat perlu kepada kehidupan beragama, beriman dan bertaqwa, barulah kita dapat memajukan negara dari segi sosio-ekonomi. Bertugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas sebagai suatu ibadah semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi bukan kerana wang, pangkat dan pujian. Jika semua penjawat awam berakhlak mulia, berbudi pekerti, rendah hati dan penyayang pasti rakyat atau pelanggan akan menghormati dan mencontohi kita. Jelas betapa perlunya melahirkan masyarakat yang berperibadi unggul, mengutamakan budaya kecemerlangan dan berprestasi tinggi, integriti dan berkualiti tahap tinggi.

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah.

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga tahun baru ini akan membawa keberkatan kepada kita, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia.


Friday, November 13, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM KEPADA PELAJAR-PELAJAR KISAS

Assalamualaikum,

Insya Allah hari Rabu depan merupakan hari pertama Peperiksaa SPM akan bermula. Kepada pelajar KISAS putera & puteri diharapkan dapat menghadapi perjuangan ini dengan tenang dan tabah, dengan sentiasa berdoa agar dipermudahkan oleh Allah swt.

Semua guru-guru mendoakan kegemilangan anda semua, semoga mendapat keredhaan Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Do your best! Be the best!