MATHEMATICS KISAS SBT
Thursday, September 29, 2011
CombineMaths.pdf - 4shared.com - perkongsian dokumen - muat turun - CombineMaths.pdf
Sunday, January 23, 2011
Monday, August 16, 2010
Thursday, August 12, 2010
TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK SPM 2010
Rugi rasanya kalau tak dapat A+, memberikan semangat kepada pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh supaya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
DATANGMU KU NANTI, PERGIMU KU TANGISI
Monday, May 24, 2010
MURID KONVERGEN & DIVERGEN
Parlett seorang pakar psikologi membuat suatu kajian dan mendapati murid-murid dapat digolongkan ke dalam dua jenis personaliti iaitu murid-murid konvergen dan murid-murid divergen. Beliau mendapati bahawa murid-murid konvergen terkongkong pada silibus sekolah atau murid-murid skima, manakala murid-murid divergen sebaliknya.
Murid-murid konvergen rajin belajar, kuat menghafal isi pelajaran, malah ketagih belajar, tetapi cuma belajar buku teks untuk peperiksaan dan rajin menyiapkan tugasan sekolah. Dalam bilik darjah mereka suka duduk di barisan hadapan. Mereka cekap menjawab soalan-soalan IQ yang tradisional, oleh itu mereka dianggap murid pintar. Mereka patuh pada arahan guru, membuat kerja dengan sistematik, buku sekolahnya bersih dan kemas.
Murid-murid yang divergen, biasanya dianggap nakal, tidak tekun, pemalas, kurang daya usaha. Mereka minat belajar pelajaran yang diminati, oleh itu keputusan peperiksaan mereka ekstrem. Semasa belajar mereka tidak suka diajar-ajar, tidak suka menghafal dan suka duduk di barisan belakang, tidak suka membuat tugasan, tidak suka mengikut arahan. Mereka suka berfikir sendiri dan membuat perancangan sendiri. Murid-murid divergen suka pada kelucuan dan idea yang gila-gila, suka berfikir secara bebas dan kreatif dan mereka ini sesuai menjadi ahli-ahli sains, arkitek. Peranan guru di sini adalah menukar strategi dan stail mengajar mereka sesuai dengan personaliti mereka yang sukakan kebebasan pelajar.
Oleh: Dr Abdullah Hassan & Dr Ainon