Thursday, August 12, 2010

DATANGMU KU NANTI, PERGIMU KU TANGISI

Assalamualaikum, Salam Ramadhan Karim,

Syukur, Alhamdulillah dapat bertemu semula Ramadhan al-mubarak. Malam tadi sempat menonton Forum Perdana, TV 1, penceramahnya Dr Farah, seronoknya lihat doktor gigi begitu fasih menuturkan ayat-ayat suci al-Quran, begitu banyak informasi yang berguna dapat dijadikan panduan kesihatan dalam bulan ini mahupun sepanjang hayat. Dr Farah juga mengingatkan kita bahawa berpuasa selama sebulan ini adalah proses detoxifikasi. Dr Basir pula mengingatkan kita agar menggunakan kesempatan Ramadhan kali ini sebaik mungkin kerana bulan yang berkat lagi berprestasi tinggi dengan adanya malam Lailatul qadar - malam 1000 bulan yang akan diampunkan segala dosa dan akan dimakbulkan segala doa.
Buatlah kebaikan sebanyak-banyaknya, yang wajib dilaksanakan akan mendapat pahala 70 kali ganda, yang sunat dikerjakan pahalanya seperti mengerjakan perkara yang wajib. Sangat sayang sekali kalau dibiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja dengan lapar dan dahaga. Rebutlah peluang keemasan ini yang datang hanya sekali setahun.
Jauhi diri dari melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sesungguhnya fitnah itu lebih buruk kesannya dalam masyarakat atau organisasi.
Akhir kalam, selamat berpuasa dan berbuka pada sekalian umat mukminin & mukminat.

No comments: