Friday, July 3, 2009

MAJLIS KOLOKIUM PEMBINA: PPSMI SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP MODAL INSAN

27 Jun 2009 telah diadakan kolokium di atas. Majlis ini dirasmikan dan diikuti dengan ucaputama oleh tokoh tersohor ilmuan, Yang Mulia Profesor DiRaja Ungku A. Aziz, bertajuk "Pendekatan Demi Rungkaian Dilema Dasar Pembangunan Bahasa di Malaysia".

Dalam ucapannya, beliau mencadangkan agar waktu belajar diubah kepada 3-4 jam seminggu. Kaedah pengajaran juga perlu diubah sesuai dengan era globalisasi.

Kami guru-guru PPSMI sedang menunggu pengumuman Menteri Pelajaran Yang Berbahagia Dato' Mohyidin bin Yasin...

BENGKEL PENANDAAN K2 SPM MATEMATIK

Khamis 25 Jun 2009 telah diadakan bengkel diatas untuk 38 orang guru sekolah menengah di Daerah Klang. Anjuran Jawatankuasa Akademik Matematik Daerah Klang telah berlansung di PPD.

Jam 2.00 - 4.00 petang tentulah waktu mengantuk, namun guru-guru terpaksa menyengkang mata bagi menguasai kemahiran menanda K2. Kemahiran ini amat penting bagi membantu guru-guru dalam menyediakan item yang bersesuaian dari segi aras kesukarannya juga membantu guru memeriksa kertas dan menyediakan peraturan pemarkahan.

Ramai guru-guru yang mengambil bahan powerpoint agar dapat mengadakan in-house training di sekolah masing-masing. Usaha ini perlu dimantapkan dari masa ke masa agar dapat meningkatkan profesianalisme guru juga untuk meningkatkan prestasi matematiks SPM sekolah masing-masing khasnya.

BENGKEL MEMBINA ITEM SOALAN BERFOKUS MATEMATIK SPM 2009

22- 24 Jun telah diadakan bengkel di atas Di PPD Klang anjuran Unit Sains dan Matematik. Kumpulan Matematik terdiri dari 6 orang bagi menyediakan 3 set soalan K1 dan K2. Soalan akan diedarkan ke sekolah-sekolah dalam Daerah Klang untuk dijadikan latihtubi menjelang peperiksaan percubaan SPM Ogos - September ini. Semoga usaha murni ini akan dapat meningkatkan prestasi Matematik SPM Daerah Klang, khususnya dan Negeri Selangor amnya.

Terima kasih kepada ahli kumpulan yang dedikasi, semoga usaha anda mendapat keredhaan dan keberkatan Ilahi.