Sunday, January 25, 2009

KEKEJAMAN ISRAEL KEATAS PALESTIN

FADHILAT SURAH YASIN

Al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas r.a. dpd Nabi s.a.w., baginda bersabda dan maksudnya:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran ialah Surah Yasin. Sesiapa yang membaca Surah Yasin, nescaya Allah akan mencatat pahala untuknya disebabkan bacaan Surah Yasin tersebut menyamai sepuluh kali bacaan al-Quran."

Al-Mawardi berkata: Al- Dahhak meriwayatkan dpd Ibnu "Abbas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan sesungguhnya hati al-Quran ialah Yasin. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia diberi kemudahan pada hari itu. Sesungguhnya al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Yasin."

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 
"Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah Yasin, nescaya Allah akan meringankan azab dpd penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan beroleh kebaikan sebanyak bilangan hurufnya."

Bacakanlah Yasin untuk orang-orang Palestin yang diancam oleh Zionis Israel.

Saturday, January 10, 2009

SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN


Selamat menyambung persekolahan, dengan azam baru untuk terus berjihad mengejar kegemilangan dengan moto "Bersama merangkul keunggulan". 

Bagi pelajar tingkatan 5 jangan lupa pakej percutian yang perlu disiapkan. Bagi yang gagal dalam beberapa subjek, ujian ulangan akan dijalankan dalam minggu kedua sekolah dibuka.

Suka diingatkan pelajar perlu belajar secara aktif didalam kelas, dengan mengambil bahagian dalam perbincangan, mengambil nota dan menyelesaikan masalah. 

Dalam suatu kursus "How to become a mathematician" yang saya dengar di RECSAM, yang disampaikan oleh seorang guru Mr Boody dari New Zealand, pelajar perlu belajar cara belajar.

SELAMAT TAHUN BARU 2009M

Selamat tahun baru, moga panjang umur dan murah rezeki.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H, semoga tahun baru ini kita semua akan lebih tabah dan terus berjihad melawan nafsu dan meningkatkan kegemilangan mukminin dan mukminat.

PROGRAM KEJURULATIHAN B. ARAB & SILAT GAYONGKE PALEMBANG INDONESIA

Pada 15 hingga 17 Disember 2008, seramai 29 orang staf dari KISAS KLUSTER berkunjung ke Palembang Indonesia. Lawatan itu khususnya adalah program kejurulatihan bahasa Arab dan Silat Gayung. Rombongan kami telah berkunjung ke Pasentren Ulul Quran dan Sekolah Olah Raga di Negeri Sriwijaya Palembang. Tidak ketinggalan kami berkunjung ke Sungai Musi dan ke Pulau Kemarau. Seronok juga, dapat meluaskan pandangan dan mengukuhkan ukhuwah.