Sunday, January 25, 2009

FADHILAT SURAH YASIN

Al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas r.a. dpd Nabi s.a.w., baginda bersabda dan maksudnya:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran ialah Surah Yasin. Sesiapa yang membaca Surah Yasin, nescaya Allah akan mencatat pahala untuknya disebabkan bacaan Surah Yasin tersebut menyamai sepuluh kali bacaan al-Quran."

Al-Mawardi berkata: Al- Dahhak meriwayatkan dpd Ibnu "Abbas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan sesungguhnya hati al-Quran ialah Yasin. Sesiapa yang membacanya pada waktu malam, nescaya dia akan diberi kemudahan pada malam itu. Sesiapa yang membacanya pada siang hari, nescaya dia diberi kemudahan pada hari itu. Sesungguhnya al-Quran diangkat daripada penghuni syurga, lalu mereka tidak membacanya sedikitpun melainkan Surah Taha dan Yasin."

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: 
"Sesiapa yang memasuki perkuburan (orang Islam), lalu membaca surah Yasin, nescaya Allah akan meringankan azab dpd penghuni kubur pada hari itu dan pembacanya pula akan beroleh kebaikan sebanyak bilangan hurufnya."

Bacakanlah Yasin untuk orang-orang Palestin yang diancam oleh Zionis Israel.

No comments: