Thursday, April 15, 2010

Nilai dan Etika Penjawat Awam

Assalamualaikum,
Bila nak periksa baru baca buku Citra Karya. Bagus untuk rujukan penjawat awam. Ringkasnya, kita sebagai penjawat awam sangat perlu kepada kehidupan beragama, beriman dan bertaqwa, barulah kita dapat memajukan negara dari segi sosio-ekonomi. Bertugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas sebagai suatu ibadah semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi bukan kerana wang, pangkat dan pujian. Jika semua penjawat awam berakhlak mulia, berbudi pekerti, rendah hati dan penyayang pasti rakyat atau pelanggan akan menghormati dan mencontohi kita. Jelas betapa perlunya melahirkan masyarakat yang berperibadi unggul, mengutamakan budaya kecemerlangan dan berprestasi tinggi, integriti dan berkualiti tahap tinggi.

No comments: