Assalamualaikum, Salam Ramadhan Karim,
Semalam memberikan panduan kepada 5 kelas sendiri teknik menjawab soalan matematik untuk kesekian kalinya. Program dilaksanakan sempena Peperiksaan Percubaan SPM yang sedang berlangsung.
Rugi rasanya kalau tak dapat A+, memberikan semangat kepada pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh supaya berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Untuk anak didikku,
Rasulullah s.a.w adalah role model kita. Sama-samalah kita mencontohi akhlak mahmudhah baginda. Walaupun baginda seorang rasul, namun baginda tidak pernah ujub atau takbur. Baginda merupakan orang yang paling merendah diri. Baginda tetap patuh melakukan ibadat dan rajin bagun malam berqiamullail hingga kakinya bengkak walaupun tiada dosa dan sudah dijanjikan masuk syurga. Apabila ditanya tentang perkara itu, baginda berkata, Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?
No comments:
Post a Comment